27 February 2010

mak saya kata.....


mak saya kata, kalau nak kuar kena baca doa.

mak saya kata, kalau nak kuar mesti berteman.

mak saya kata, kalau nak kuar pastikan dalam poket ade duit wlaupon RM10.

mak saya kata, kalau nak kuar tundukkan pandangan, tapi jangan sampai jatuh.

mak saya kata, kalau nak kuar jangan letak hp & duit dalam handbeg.

mak saya kata, kalau nak kuar jangan huhahuha sangat.

mak saya kata, kalau nak kuar jawab salam kaum adam dalam hati.

mak saya kata, kalau nak kuar mesti balik sebelum maghrib.

mak saya kata, kalau nak kuar jumpa orang kena ramah mesra.

mak saya kata, kalau nak kuar jangan pakai kasut tinggi, nanti sakit kaki.

mak saya kata, kalau nak kuar jalan penuh beradab.

mak saya kata, kalau hujan time kuar kena jalan pelan2,maaf itu saya kata.


mak saya kata, kalau nak kuar jangan gelak kuat2, takut orang pengsan.

mak saya kata, kalau nak kuar jangan takut kan budak2.

mak saya kata, kalau nak kuar jalan di tempat yang ramai orang.

mak saya kata, kalau nak kuar jangan jalan di lorong gelap.

mak saya kata, kalau nak kuar pastikan HP ada kredit.

mak saya kata, kalau balek lambat, kena call.

mak saya kata, kalau nak kuar HP mesti full batery.

mak saya kata, kalau nak kuar bawak air kosong dalam botol.

mak saya kata, kalau nak makan pastikan restoran tu cop Halal.

mak saya kata, kalau naik LRT or ape2,bagi tempat duduk dekat orang yang patut.

mak awak kata apa ye~?    
                                 

18 February 2010

Tips nak makan kalau berpurdah

Saya memang salu sangat keluar makan dengan family, sebab baba rajin bawak makan + cuba tempat baru. tak kira pagi,petang,siang,malam. tempat makan pon kami tak kisah, di maple,hotel,warung tepi jalan, mahal,murah ke tak..janji KENYANG (; walaupon saya makan di luar, saya tetap pakai purdah. cuma tengok tempat tu, kalau tempat tu tertutup, saya bukak, kalau tak, memang pakai je..

Nie saya nak kongsi sama2 TIPS~ADAB~ bila nak makan kat luar:

::paling PENTING! jangan tanggal purdah bila nak makan di tempat terbukak..Setia pakai yee..lain la kalau tempat tu tertutup, ada tirai..kalau tak, ini akan membuatkan orang memandang serong..awak nak ke? hmmm...

::Kadang2 bila saya makan di tempat terbukak, saya akan bukak purdah tapi dengan syarat, bawak selendang untuk halang dari orang nampak..pakai dekat atas kepala..

::Saya akan selak belah kanan, untuk makan. Selak sekadar makanan dapat masuk dalam mulut kite sahaje..

::Saya akan cari tempat duduk yang kiri & kanan saya ada orang(keluarga) senang la nak halang mata2 yang nak tengok..hihi

::Saya akan makan guna tangan, tak kira la makan di hotel HILTON sekalipon.. makan guna tangan ni kenyang tau! lagipon ni kan sunnah nabi kita (:

::Beri tumpuan time makan, jangan la time tu awak nak balas sms, buat tu buat ni.. awak nak makan pon amik masa lama kan,, kang purdah awak kotor pulak.

::Oder je makanan apa awak nak, jangan jadikan alasan bila berpurdah tak leh makan itu ini..even dia berkuah pon awak boleh oder, tak yah pk pasal leceh ke tak, pk supaya perot awak kenyang Ok..

::Sediakan TISU disebelah awak, lepas makan sesuap lap mulot tu, supaya purdah tu tak berbau. kang awak terpaksa hidu sambal belacan pulak. adoy~

::Jangan tengok kiri kanan depan belakang atas bawah bila makan~! ketahuilah ramai orang sedang perhatikan awak bila awak nak makan, sebab di fikiran mereka sekarang: ''dia ni ada mulot ke tak yang dok tutup2 tu..'' kang terbantut pulak selera awak..

::Jaga ADAB sebab awak tu berpurdah, Kebersihan penting..~!


~~~ ini semua ikot kita je, nawaitu kita.. bila baik semuanye di permudah kan..jangan jadikan alasan itu ini. jaga tingkah laku kita. pergaulan kita, makan dengan adab, sopan santun lemah lembut~ cover ayu, cun.. dengan perwatakan kita yang menyenangkan akan memberi kesan kepada orang yang lihat. mulut manusia kita tak boleh tutup, dugaan dari tuhan selalu datang.. sabar~ tenang~ teguhkan iman~ jadilah wanita yang berani~ kuat~ senang di pimping.. pesanan ini untuk dja & semua yang nak ambil iktibar.. (:
timekasey~~~

12 February 2010

Restoran Rebung Chef Ismail MENARIK~!






~RESTORAN REBUNG~
sangat menarik~! Kenyang hingga menjilat jari~!

1~makanan sedap hingga menggemukkan badan.
2~Layanan terbaik dari CHEF ISMAIL.
3~Selesa di makan seisi Keluarga, datuk2 nenek2 pon boleh makan.
4~Bayaran murah + berbaloi2.
5~Makanan kampung woooo.
6~Boleh buat tempahan, bungkusan.
7~awak mesti mimpi chef ismail lepas makan kt situ..aik?

saya pernah pergi makan kat sini, time tu memang lapar sangat2~! kebuluran tahap ape tak tau la.Masuk2 kedai tu, peeerghhh~! chef ismail nye kedai ke, tak tau pulak, time tu pulak dia ada kat situ, memang layanan 1st kelas laa saya dapat..adoy.. makana sedap~! harga murah~! chef ismail peramah~! memang terbawa2 dalam mimpi.. T_T

Jadi saya syorkan la pada awaak2 semua, kalau nak bawak family datang makan, datangla sini.Atuk nenek adik abang semua boley mai.. mai tau~!!
untuk keterangan lanjut boleh tengok ini Ok.. http://www.rebung.com.my/

alamat surat menyurat dia:
Restaurant Rebung Chef Ismail
No 4-2 Lorong MaarofBangsar Park
59000 Kuala Lumpur
(Landmark: Dataran Maybank)
Tel: 03 22832119
Off: 03 2282 4776
Fax: 03 2283 4775

jap2 korang mesti nak tengok pic dia kan, haaa meh nak tunjuk tapi bukan saya yang tangkap..copy paste sahaje.. masa tu lapar sangat, dah tak ada pk nak tangkap2 pic..huu~


Tisu Dia tu, sayang nak guna

pilihan aneka macam2 lauk pauk

cun sangat hiasan dia

kemas, bersih, unik

tempat duduk yang selesa sampai taknak bangun

oh..ada nyanyi tapi di hari tertentu sahaja

Bila awak pakai PURDAH...

~~Bila keluar RASA SELAMAT tapi still kena Berhati2.

~~Bila keluar rasa sangat MALU, walaupon awak huhahuha (T_T)

~~Bila keluar sentiase TUNDUK PANDANGAN, jalan tengok bawah je sampai nak jatuh. adoy

~~Bila keluar sentiasa Kawal Suara, tak boleh nak cakap kuat2, kang orang ingat ada makhluk lain pulak, yelaa mulot kan tutup.. nanti semua orang tercari2 mana datang suara tu.

~~Sentiasa bawa AKHLAK yang elok..sOpan santun, mesti Senang dapat JODOH. ayooob...

~~Hanya pergi tempat yang sesuai, Konsert..?? jangaaannnnn..

~~Rasa sangat yakin dengan diri, rasa diri di pelihara..malaikat kirikanan kan sentiasa ikut awak. jage jage~ -_-

~~Kena sentisa IKRAM orang, tak kisah tua muda miskin kaya..aik..?? bila naik LRT, ikram makcik2 kanak2 bagi dia dudok, awak diri tapi pegang besi tu, kang jatuh pulak...

~~Dapat putihkan kulit muka awak tu, terlindung dari cahaya matahari.. tak perlu la beli pape Krim muka lagi..hiii..

~~Awak bagi SALAM pada orang bila jalan tapi pada kaum Hawa laa..jangan tegur kanak2, kang dia melalak pulak tengok awak bertutup. (#_#)


Nak tau tak~??
'' Bila kita ikut PERINTAH ALLAH, Cara hidup NABI..walaupon kita tak berkata @ suruh apa2, tapi Bila orang pandang, automatic Orang boleh tekesan dan memberi kesedaran kapada mereka untuk amalkan apa yang mereka lihat. Bila mereka amalkan, automatic PAHALE akan masuk dalam inbox awak..''
(^_^)

Apa itu ''HIJAB''..?


Apa itu ''HIJAB''..?
..Ia adalah penutup dan sesuatu yg dapat ditutupi dengan nya.
..Maka, HIJAB dan penutup (keadaan bertutup) ia adalah fitrah bagi seorang wanita,
bile mana dia tidak suka seseorang melihat kepadanya.Lebih2 lagi kalau dia adaLah seorang wanita islam yang bersifat pemalu.
..DiSamping itu juga, sesuatU yang berharga lagi bernilai perlu kepada p’meliharaan yang sempurna di mata, dan perlu kepada keadaan tertutup dan penjagaan yang rapi..
..Akan tetapi, perintah ini telah dicemari dengan fesyen dan ia merupakan punca utama tercabutnya sifat malu daripada diri seseorang wanita.
..HIJAB itu adalah lambang wanita yang merdeka..
..Pada zaman Nabi s.a.w, orang2 fasiq akan mengacau wanita2 apabila mereka keluar di waktu malam.Maka, apabila mereka melihat wanita itu berhijab mereka meninggalkan nya dan berkata: ''ini wanita merdeka..'' dan apabila wanita itu tidak berhijab, mereka akan berkata: ''ini adalah hamba, lalu mereka akan mengganggunya.
maka ALLAH menurunkan ayat HIJAB......
..InI adalah perintah ALLAH dalam kitab nya terhadap wanita mukmin..
..Oleh yang demikian, marilah kita renung kan, bagaimanakah hakikat berhijab yang sebenarnya....
..Renung2 kan laaa wahay W.A.N.I.T.A sekelian...(^_^)


''Awak betulkan niat bila nak berpurdah, jangan la terkesan dengan cerita Ayat2 Cinta & seangkatan dengannye.. Niat betul, ALLAH akan bantu.. Semua orang boleh pakai, tak di khususkan pada orang yang baik2 sahaja or belaja agama..Bila kita ada niat untuk mengislahkan Diri kita, kita akan mudah mendapat Hidyat(petunjuk) dari AllAh.. Semoga ALLAH makbulkan keinginan awak untuk berpurdah,, amin~!! (: ''

06 February 2010

Layan Gelek~Gelek

sekadar HIBURAN HATI...
Jom ramai2 tengOk budak nie gelek~geLek..cantek punyeee...
layaaannnn...(^_~)v