22 March 2010

Saya takut MATI~!!!




Sejak akhir2 ni ,bukan sejak akhir2 ni tapi HARI2 kita selalu dengar tentang mati kan? Bukak tv tutup tv bukak paper tutup paper tengok atas kiri kanan, suma tentang mati bahkan ada jugak orang di sekeliling kita yang dah innalillah~ T_T Allahuakbar~



Semua orang dah tahu dia akan mati kan, Cuma kita ni selalu fikir : ‘’alaaa I baru 19, muda lagi, dah tua nanti I fikir laa tentang mati2 ni..’’ Esh~! Muda tua mudi kerepot semua bila2 je ajal akan datang tau!

Cuba kita tengok sekarang, macam2 kes orang mati, (Baby di buang seperti orang buang air kotak, amoy mati sebab langgar bas.) Ya Robb~



Kadang2 kita doa,, ‘’ Oh ALLAH,janganlah qau tarik nyawa aqu diwaktu sekarang, aqu perlu siapkan purdah2 yang orang tempah, aqu nak beramal untuk aqu masuk syurga yang paling tinggiiii tu~’’
(haaa ini doa orang yang bercita2 tinggi untuk masuk syurga + nak inbox penuh khoir)

‘’Oh ALLAH, aqu dah tak tahan dengan ujian2 qau, qau tariklah nyawa aqu, aqu dah tak sanggup nak hidup..’’(haaa ini doa orang yang frust di tinggal kekasih hati + taknak beramal untuk life di akhirat nanti)

Awak tahu tak, lepas kita mati kita akan ada life selepas tu? LIFE di AKHIRAT,, yang akan menentukan kita masuk syurga @ neraka, tu mengikut amalan kita di dunia ni. Buat baik dapat syurga, buat jahat masuk meraka.



Saya ada dengar macam2 berita tentang orang di sekeliling saya yang dah meninggal dunia minggu lepas yang buatkan saya rasa sangat takut + tak boleh tidur malam + sedih memanjang.



Kawan baik saya punya abang baru je meninggal hari rabu minggu lepas akibat eksiden dengan lori. saya banyak tau tentang sifat & life arwah coz kawan saya selalu cerita tentang abang dia dekat kami semua. Memang terkedu sangat2 bila dapat meseg tentang arwah lepas maghrib tu. Saya berAzam nak beli kereta myVi arwah sebab mak arwah cakap, tak sanggup nak tengok kereta arwah lagi, tapi tak ada rezeki lagi, hope pada Allah je laa.



Selang beberapa hari lepas tu, time saya godek2 FB kawan, tiba2 terbaca 1 notes kawan tentang kematian bf dia di newzealand akibat eksiden jugak, melilih2 air mata bila baca notes dia, dia sekarang dalam proses nak kuatkan semangat untuk terima ujian ni.



Tengokla mati tak kira bila di mana umur siapa, sanggup ke kita merasa kehilangan mak ayah kawan adik kita secara tibe2? cuba islah diri malam2, fikir macamane la kalau tibe2 Allah tarik nyawa mak kita?
(Y_Y)



Jadi jangan lah terlalu enjoy dengan life kita ni, nak ketawa huhahuha, nak tidur lena2, nak makan gemok2. Tak faham laa kenapa kadang2 orang tu cakap : MUSIC IS MY LIFE.. dia tak boleh hidup tanpa music ke, time dia mati nanti dia kena ngucap kalimah shahadah ke @ kena nyanyi lagu ?haiyaaaaaa..



Saya selalu pesan dekat adik saya: ‘’Awak kalau nak naik motor dengan kawan, baca doa, jangan nak huhahuha, Boleh jadi time tu Allah nak tarik nyawa kita, macam nina 7E yang eksiden motor sebab ngantuk sampai meninggal dunia, innalillah~

‘’Awak kalau nak tidur jangan tidur sambil pasang music kat hp sony awak tu, sambil tu mulot dok nyanyi lagu Down. Awak nak ucapan akhir hayat awak lagu down ke @ kalimah syahadah..?’’



Bukan susah sangat pon nak buat baik, bangun pagi ucap ALHAMDULILLAH sebab masih hidup, baca doa pagi, baca yassin. Bila makan, masuk tandas baca doa. Jumpa orang bagi salam. Sebelum tidur ngucap dulu, jangan lupa tulis wasiat letak bawah bantal.



 
Semua ni di tuju kepada saya supaya menjadi insan yang sentiasa berfikir& beramal untuk life akan datang. Bukan nye dok asyik melayan tokey muka buku sampai lupa nak basuh toilet yang mama suruh @ lupa nak makan tengahari sampai gastric. Terlalai ke @ pura2 lalai wahai Khadijah~?


 

Saya salu fikir, kalau saya mati mesti ramai yang melilih kan air mata + tak datang keje, sekolah akibat kena ziarah saya. Tak lalu makan, Tak henti nangis, Tak happy sebab teringat kan telatah khadijah yang suka sakat orang, suka ketawa bila lawak dah habis, sangat lambat pickup, suka buat bising, suka meng huhahuha kan keadaan. Saya tak nak tak nak tak nak orang berubah selepas saya takada, saya perlu bahagiakan orang yang saya sayang, orang di sekeliling saya.




Life ni sangat pendek teramat2 la pendek. Tolong tolong tolong laaaa full kan dengan kebaikkan, full kan inbox dengan khoir, beribadat, solat taubat, zikir pagi petang, 1 juz 1 hari, khidmat mama,senyumkan kawan,bersyukor wahay khadijaaaahhhh~~